Thursday, 8 March 2018

Wanita

8 Mac 2018

Assalamualaikum. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur pada hari ini dan masih diberikan nikmat bernafas yang sangat bernilai. Bagi seorang islam,antara nikmat yang paling berharga ialah IMAN. Iman cuma Allah bagi pada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Oleh itu,kita kene banyak-banyak bersyukur dengan nikmat Iman yang ada dalam diri kita. Allah janji andai dalam diri seorang itu ada iman walaupun sebesar biji sawi,nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.Nampak tak betapa besar nya kasih sayang Allah pada hambanya. Walaupun kita sebagai hambanya selalu melakukan perkara-perkara yang Allah larang dan tak suka tapi Allah tetap bagi nikmat bernafas pada kita setiap saat. 😀

Hari ni kalau tak silap hari wanita sedunia kan. Selamat hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang bergelar wanita.😘



Walaupun wanita sering dikaitkan dengan kaum yang lemah,namun wanita tetap ada kekuatan yang tak ada pada lelaki. Benda yang paling senang nak dikaitkan, period pain (senggugut) setiap bulan. Setiap bulan Allah bagi sakit,tapi wanita tak pernah mengalah. Dan sakit yang paling berat ialah melahirkan. Allahuakhbar. 😞 Sakit yang teramat sangat. Dengan contraction yang datang setiap kali 5 minit. Dengan sakit kat tulang belakang sepanjang 9 bulan mengandung. Hebat pengorbanan seorang wanita. Lagi-lagi ibu yang melahirkan kita. Tanpa adanya ibu kita,pasti kita tak akan ada didunia ini. Hebat Allah.

Wanita antara tunjang utama sesebuah keluarga. Sebab apa,sebab pembelajaran awal bagi seorang anak adalah daripada seorang ibu.